Kemunculan ajaran sesat adalah disebabkan kecetekan ilmu pengetahuan mengenai agama Islam. Iaakan memberi kesan terhadap akidah umat Islam.
Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat, seseorang itu akan terdedah dengan akidah akidah yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Termasuklah melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat. "contohnya percaya kepada ibu duit, pemujaan kubur, memuja roh adalah perbuatan khurafat.
Sekiranya kemunculan kumpulan ajaran sesat ini tidak dibendung, ia akan memberi kesan terhadapdiri dan masyarakat. Antara kesan-kesan apabila seseorang itu terjerumus dengan ajaran sesat ialah :
1.Minda Terkongkong
Apabila seseorang itu telah terjebat dan mengikuti ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorangitu terkongkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifatketaksuban mereka
2.Lupa tanggungjawab terhadap keluarga
Mengikuti kumpulan ajaran sesat juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna sepertimana yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
3.Perpaduan tergugat
Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran sesat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh
Justeru itu, umat islam disarankan agar menjauhi golongan-golongan pelampau agama iaitu mereka yang berpendirian dan bertindak keterlaluan dalam beragama. Sepertimana pelampau syiah, dan wahabi atau salafi moden, Islam liberal dan lain-lain.Bagi menjamin diri dan keluarga tidak terbabit dengan ajaran sesat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan tersesat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan